semoga lebaran kalian bermakna dan sentiasa dirahmatiNya. 1 Syawal kali ini disambut pada 20hb September 2009. Seronok jugak untuk sambut lebaran tahun ni..ntah nape, walaupun tgh sibuk praktikum. Kalo ikutkan tiket balik raya asalnya 19hb sept,hari sabtu..pilih tarikh tu sebab hari jumaat pergi mengajar lagi, dah la sekolah petang...tapi hari isnin, minggu terakhir sebelom balik pulak, tiba2 je dpt berita yg sekolah akan cuti pada Jumaat..fuhhhs,agak frust laa,ingtkan tiket dah xda kalo nk balik awal.Tp hati nie tekad utk balik awal,memandangkan keje byk di rumah dan mak pulak ajak shoping..hari Khamis,pagi2 la dalam pukol 7.30pg dah keluar pergi puduraya dgn Ila yg kebetulan nk beli tiket jugak..cari punya cari,asalnya kt kaunter
tu bgtau tiket pagi dah xda,then..pegi dkt kaunter lain,eh,ada pulak..pelik tol..apa laa..padahal syarikat bus yg sama je. Alhamdulillah, dapat tiket 18hb sept, 8.30pagi..sama pulak dgn Ezmi,so ktorng balik sekali laa,satu bus..masa balik tu bukan ramai pon penumpang,lengang j bus..byk lagi kosong,jalan pon x jam.nasib baik x balik 19hb,dgr kata jam giler hr tu..Alhamdulillah selamat sampai k Kuantan.
Sambutan raya kali ini biasa je, sederhana..ini kali k 3 sambutan raya tanpa ayah tercinta dan raya kali ni xramai adik beradik yg beraya sekali..pagi2 lagi kemas meja dan ruang tamu, lepas solat sunat raya, kami bersalaman dan bergambar, then, pergi ziarah kubur arwah ayah. menu raya kali ni, nasi minyak, sate,kuah kacang,nasi himpit,rendang,tapai,ketupat dan kuih muih raya..mujur jugak kawan2 ku x dtg hr raya pertama tu,sebb hr tu ramai org dtg, xputus2..penat laa kmi yg kn bertugas d dapur nie. Raya k 2, ada ramai lagi tetamu, kawan2 ku pon datang..lame x jumpa mereka. Most dah habis blajo. Menu raya k 2, aku wat mee kari dan sate.
No comments:
Post a Comment