Thursday, October 22, 2009

10 ADAB TERHADAP DIRI SENDIRI

1. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
2. Memotong kuku tangan dan kaki setiap minggu. Kuku panjang dikhuatiri akan tersimpan najis.
3. Jangan mengadap kiblat ketika meludah, membuang hingus dan berkahak. Lebih tertib mengadap ke arah kiri dan gunakan sapu tangan yg khusus supaya tidak mengganggu orang.
4. Mengutamakan bahagian kanan. Dahulukan bahagian kanan dalam semua perkara yg mulia seperti mandi, berwudhu,pakai kasut dan sebagainya.
5. Mengalihkan wajah ketika bersin bagi mengelak daripada terkena muka org lain, makanan dan minuman.
6. Memuji Allah (menyebut Alhamdulillah sesudah bersin)
7. Mengingat Allah dan bersyukur kepada-Nya ketika melihat wajah di cermin.
8. Membiasakan diri dgn amal yg soleh seperti beribadah, bersedekah, solat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran.
9. Tidak melakukan sesuatu yg sia2, selalu memperbaiki diri dan beruasaha memperbaikinya.
10. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap kerana dengan mulut terbuka luas kelihatan tidak sopan selain dapat menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.

No comments:

Post a Comment