Wednesday, January 28, 2009

B.Ed Sc 2....timessquare edition


Santai bersama classmates di Berjaya Times Square..kami kuar ramai2 lepas kelas fitness(pj) pi lepak2 sambil makan2 selama 2jam dan sambung dgn games..bowling..seronok jugak time nie..poyo2 je..



















Rahsia Bulan Kelahiran bg November

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendaksesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Wednesday, January 21, 2009

Cantiknya orkid itu...

Cantiknya orkid ini..waa...
Yang ini pon lagi cantik....



Tuesday, January 20, 2009

XPDC Gunung Datuk

Gambar kenangan di puncak gunung datuk pada 1 Mei 2008. Ekspedisi ini sempena persediaan bagi ekspedisi Gunung Kinabalu...boleh tahan jugak cabaran pendakian kat sini,memang rendah tapi..treknye..dasyat gak!!! tapi apa2 pon kami dah buktikan kekentalan barisan sri kandi..

Kenangan masa muda2 dulu..

during final year assembly at gelanggara M4P

after rehearsal konsert kemerdekaan M4P

hi friends, did u remember this picture was taken on...........nie ler salah satu gambar kite masa muda2 dulu...kenangan bersama ketika foundation course for kita punyer batch PISMP kat M4P..penang..kita nie memang r..pantang bergambar!!!..korang nie..memang sempoi r!!

Kasihku hanya untukmu..



semakin hari semakin rindu..........lambatnye balik!!!!rinduku kan terubat pada 22hb januari nanti, balik umah..yeyee...tetapi..rindu ku yang ini, takkan terubat..hilangnya tiada pengganti..hanya kenangan tersemat d hati..kuhadiahkan Al-Fatihah untukmu setiap hari..engkau la wira dalam hidupku..Allahyarham Muhammad bin Deraman..Ya Allah,cucurilah rahmat ke atas rohnya, jauhilah dia dr azab mu yang amat seksa itu, sinarilah kuburnya dan hiasilah tempatnya seperti taman2 syurga. Amin..ya rabbal alamin.


Hati Bonda

Hati bonda tetap tabah

menerima sebuah ketentuan Allah

pergi ayahanda tidak kembali lagi

bersama doa mengiring perjalanan

menuju ke alam barzakh

daripada-Nya kita datang,

kepada-Nya jua kita dikembalikan.


Hati bonda diulit sepi

tiada teman menemani

keseorangan menatap hiba

bayangan anak-anak tercinta

yang hilang entah ke mana.


Hati bonda diusap resah

menjangkau perjalanan diri

mencari sisa-sisa hidup

yang masih berbaki

ketentuan ada dalam diri.


Hati bonda berbunga ceria

disapa anakanda yang telah

pulang membawa bunga harapan

mekar semerbakseharum bunga cempaka

menaungi pusara ayahanda tercinta.

Hati bonda penuh mengharap

dalam doa, pasrah dan reda

moga Ramadan kali ini

membawa rahmat

memberi seribu makna

dalam menyahut panggilan-Nya.


ANIS MH4 September 2008

Kodiang, Kedah

Munajat Cinta ku...


Penubuhan jogger@ jog girls club d fs



Sebuah rekreasi club telah ditubuhkan atas nama club 'jogger@jog girls club. Club ini juga telah mempunyai groupnye yg tersendiri di halaman friendster.com. Jika kwn2 berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut, kwn2 boleh laa melawat group ini di halaman friendster beberapa org ahli club ini seperti east,hidayatie,cahaya hidayah,ismi dan ramai lagi..nak type sume member kan, xingat lak sape2 lagi..jika anda berminat untuk menyertai kami, sila la 'join'...byk faedahnya..InsyaAllah..

viRus ObseS dgn caMera


virus obses dgn camera semakin menjadi2 di kalangan kawan2 ku ini. Pantang diacu camera..ahh...macam2 aksi la digayakan mereka...opppss...sy pon sekali laa agaknye...setakat nie dah berkeping2 cd + dvd dh sy simpan bermacam2 jenis folder gambar semenjak kami mengenali digital laa...kalo dulu2,pakai filem je..tu pun dh simpan berpuluh2 album dah...bagiku..gambar2 ini semula adalah kenangan, takkan nak simpan gmbar yg skema2 je kan...every moment is memory!!..ceewah...

laGu kegeMaran kiTe!!

KAMI GURU MALAYSIA
BERIKRAR DAN BERJANJI
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
PUTERA PUTERI NEGARA KITA

PADA SERI PADUKA
KAMI TUMPAHKAN SETIA
RUKUN NEGARA KITA
PANDUAN HIDUP KAMI SEMUA

DI BIDANG PEMBANGUNAN
KAMI TETAP BERSAMA
MEMBANTU, MEMBELA
NEGARA YANG TERCINTA

AMANAH YANG DIBERI
KAMI TAK PERSIAKAN
APA YANG KAMI JANJI
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN