Wednesday, August 19, 2009

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah..Ramadhan datang lagi dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan menikmati kehidupan di dunia ini. Selain dapat merasai kenikmatan ramadhan kali ini. Semoga bertambah amal ibadah dan diterima olehNya. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua yg mengenali diri ini. Semoga kehidupan kita semua bertambah bahagia dan dirahmati Allah. Selamat menjalani ibadat puasa dan selamat beramal. Sempena kedatangan bulan yang mulia ini juga, saya berbesar hati memohon saudara-saudari sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Muhammad bin Deraman yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Jun 2007. Semoga rohnya tenang dan aman di sana. Walau apa pun, kita yang masih lagi berpeluang merasai kenikmatan hidup di dunia ini, sentiasalah mempersiapkan diri dgn bekalan2 amal jariah. Sesungguhnya ajal maut di tangan tuhan dan tanpa mengira darjah dan usia, sampai masa akan dipanggilNya jua.

No comments:

Post a Comment